“Tak boleh duduk dengan B40!” - Tular video pensyarah marah pelajar tak ada laptop

Tindakan seorang pensyarah Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melampiaskan amarahnya kepada pelajar kelasnya kini menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Pensyarah marah pelajar masuk kelas 'online' pakai telefon

Dalam sorotan yang dikongsi oleh pengguna Twitter, memaparkan video tangkap layar pensyarah wanita berkenaan memarahi pelajarnya setelah mendapati dia menghadiri kelas 'online' menggunakan telefon.

  

@arifeddy Sampai hati cakap macam tu dengan orang susah 😭 #lectureruitm #uitm #professorroshana #roshanatakim #uitmseriiskandar #uitmshahalam #fyp #fypmalaysia #viral ♬ original sound - Arif Eddy

 

Martabat golongan B40 direndahkan

Tidak dengan itu, pensyarah yang juga berpangkat Doktor itu juga akui tidak gemar  bersekedudukan dengan golongan B40 kerana beranggapan mereka lebih suka menghabiskan wang untuk kepentingan sendiri daripada pelajaran.

"Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas... pergi jual gelang emas tu pergi beli komputer..."

"Kejap lagi aku nak ajar excel, sebab tu komputer tu sangat-sangat penting...Hanya RM800 sahaja beli komputer apa masalah kau?"

"Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40, dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran..."

"Pernah masuk kelas dia..."

Bukan ingin menyelar, namun rata-rata netizen kurang berkenaan dengan sikapnya berbuat demikian terhadap pelajar.

 

 

 "Baran pula aku"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen