Tingkah laku bertentangan dengan etika kerja, Prasarana siasat staf pukul orang awam

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan video tular sejak semalam, pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sudah menjalankan siasatan berkenaan lelaki berpakaian seragamnya memukul orang awam di sebuah kedai serbaneka.

Prasarana menegaskan bahawa ia sudah menjalankan siasatan serta-merta ke atas insiden berkenaan.

"Kami memandang serius dakwaan bahawa si pemukul adalah kakitangan Prasarana berdasarkan pakaian seragam yang dipakai di dalam video berkenaan.

"Dipercayai kejadian berlaku apabila mangsa ditangkap dan dituduh mengambil makanan tanpa membayar di kedai serbaneka itu," katanya.

Dalam pada itu, Prasarana juga menegaskan tingkah laku si pemukul adalah bertentangan dengan kod etika kerja Prasarana.

"Dalam apa jua situasi, sekiranya memerlukan bantuan lanjut, ia sepatutnya dipanjangkan kepada pihak berkuasa.

"Siasatan dalaman sudah dilancarkan dan Prasarana menyeru orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat lanjut berkenaan kejadian itu supaya menghubungi talian 03-7885 2585, atau emel ke [email protected]," ujarnya.

Prasarana juga memohon maaf atas kejadian ini dan menjamin tindakan susulan yang bersesuaian akan diambil bagi memastikan perkara sebegini tidak akan berulang di masa hadapan.

Sementara itu, pihak polis turut membuka kertas siasatan berhubung lelaki berpakaian seragam anggota keselamatan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memukul orang awam di sebuah kedai serbaneka di sini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen