"Aku 27 suami 48." - Umur hampir sebaya anak, lelaki tetap masuk meminang, janji bahagiakan hidup isteri

Oleh: Shasha Zack

Beza umur 21 tahun bukan penghalang, lelaki berusia 48 tahun memilih gadis 27 tahun sebagai isteri dengan janji bakal membahagiakan hidup wanita tersebut.

Begitulah kisah cinta pasangan ini yang yakin dengan ketentuan jodoh yang telah tertulis dan memutuskan untuk menjalani kehidupa bersama sebagai suami isteri.

"Awak dah baya anak saya dah..."

Perkongsian @rasyidah_46 mendapat perhatian ramai yang terpegun melihat jodoh berbeza jurang usia ini. Difahamkan, menerusi kapsyen yang ditulis, suami pernah mengungkapkan yang umur isterinya adalah sebaya dengan anaknya.

Namun begitu, wanita ini tetap memilih untuk meneruskan perkahwinan dan seterusnya dijanjikan kehidupan bahagia bersama oleh sang suami.

 

@rasyidah_46 Jodoh itu rahsia Allah #kahwinmuda #kahwincheck #kahwinpkp #kahwin #nikah #nikahmuda #nikahmudacheck #dituruti #diturutiakumatiemak #fyp #fypシ ♬ suara asli - Fajarr` - ₮

"Saya kahwin dulu suami 47 saya 21..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas perkahwinan gadis ini dan mendoakan agar mereka hidup bahagia melayari bahtera kehidupan berumahtangga.

Malahan, ramai yang turut berkongsi kisah perkahwinan mereka zaman dahulu, yang turut mempunyai jarak usia yang jauh beza dengan suami, namun tetap bahagia hingga kini.

"Saya dulu kahwin 19 husbend 46..."

"Umur 27 dah sesuai berumah tangga..."

"Masa kahwin saya 25 suami 43.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen