Tak rasa pensyarah hina B40, Nurul Zahid sindir pelajar pula? -"Sikit2 letak kat media sosial."

Isu membabitkan seorang pensyarah di sebuah IPT gara-gara merendah-rendahkan keluarga pelajarnya mendapat perhatian meluas daripada warganet serta individu berpengaruh di media sosial.

Nurul Hidayah pertahan tindakan pensyarah

Tidak ketinggalan, anak kepada Presiden UMNO iaitu Nurul Hidayah Zahid juga tampil dengan kenyataannya berhubung insiden yang tular.

Walaubagaimanapun, dia berada di belakang pensyarah berkenaan kerana beranggapan tindakannya itu wajar.

 

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurul.zahid)

"Sikit2 letak kat SOCMED"

Menurutnya, di zaman media sosial ini memang kalau boleh segala masalah ingin dikongsikan sehingga tanpa sedar telah mengaibkan pensyarah sendiri.

Jadi, dia meminta orang ramai terutamanya pelajar di luar sana agar menggantikan rasa sedih atau kecewa itu  sebagai satu tenaga untuk membakar semangat.

"Realiti lagi teruk, habis kalau kena marah dengan bos nanti pon letak dekat SOCMED ke macam mana? Kau rasa nanti majikan nak tak ambil pekerja macam tu? Sikit2 letak kat SOCMED."

-Nurul Zahid-

Selain itu, Nurul dalam kenyataannya berpendapat bahawa pensyarah berkenaan sebenarnya tidak bermaksud untuk menghina golongan B40, sebaliknya mengutamakan kesungguhan pelajar untuk mencapai apa yang mereka mahukan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen