“Harga RM800 nak ‘restart’ pun makan masa.” -Netizen berdebat harga laptop zaman sekarang

Oleh: Zuzu Yasmine

Nampaknya kes seorang pensyarah yang dikatakan memarahi pelajarnya gara-gara tidak memiliki komputer riba hingga seakan menghina golongan B40 masih lagi menjadi perdebatan warganet.

Sekali lagi menjadi perbahasan warganet adalah nilai komputer riba yang didakwa mampu dimiliki dengan harga RM800.

Hal tersebut dibangkitkan oleh seorang pengguna Twitter yang  dikenali sebagai alonermaniac apabila meluahkan rasa tidak munasabah akan harga RM800 untuk sebuah komputer pada masa ini.

Bagai tidak disangka apabila perkara tersebut menjadi perdebatan warganet yang rata-rata tidak bersetuju bahawa RM800 dapat memiliki sebuah komputer riba yang memudah proses untuk sesi pembelajaran terutama pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Murah tapi tak membantu pelajar

Murah, makan masa nak hidup

RM800 tu harga impian

Pakai software, murah tak support

Dah 2022, mana dapat

Beli yang refurbished je

Bagaimanapun, ada yang mendakwa mampu miliki komputer riba dengan harga yang murah dan masih dalam kuantiti baik sehingga kini.

Beli zaman diploma elok lagi

Walau bagaimanapun, beli barang eletronik ini pastinya ingin diguna pada jangka masa yang panjang. Namun jika beli yang murah dan tidak berbaloi pastinya sangat merugikan diri sendiri.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen