Pelajar lambat masuk kelas, lagi video pensyarah marah - "Semua lecturer tak berani lawan aku.."

Oleh: Shasha Zack

Hari tular isu seorang pensyarah wanita yang memaki dan menghina seorang pelajar anak yatim, dipercayai kerana ketiadaan komputer.

Tindakannya itu telah membuatkan para netizen bengang dan marah dengan segala percakapannya dan tutur kata yang sangat kasar.

Pensyarah hina pelajar B40 akan diambil tindakan - Kosmo Digital

"Kepala hotak kau, memang sejenis kaki semayang subuh takde..."

Terbaru, satu lagi video tular dipercayai dari sumber pelajar terdahulu, pensyarah ini dilihat memaki seorang pelajar lain gara-gara kelewatannya masuk ke dalam kelas.

Difahamkan kerana terlajak tidur, pelajar berkenaan siap dimaki dan dituduh meninggalkan solat kerana lewat menghadiri kelasnya.

 

@saxaximaxio Ada student rekod Profesor viral maki anak yatim sebab takde laptop #uitm #fyp ♬ original sound - CEO OF VERIFIED ✔️

"Hobi dia agaknya maki2 student.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kecewa melihat sikap pensyarah ini yang sememangnya nyata suka memaki pelajarnya.

Dalam pada itu, ramai yang geram dengan sikap pensyarah tersebut yang sangat lantang bersuara tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.

"Semua lect takkan berani lawan dia, habistu kalau dia buat silap siapa tegur?..."

"Dia ni dah banyak kes rupanya..."

"Sebak, terlajak tidur, terus judhe kaki tak sembahyang..."

"Boleh nampak prof ni suka menghina students, bukan sorang je kena..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen