Bercerai dengan suami, wanita sebak lepaskan anak2 di 'airport', pulang ke pangkuan ibu tiri

Oleh: Shasha Zack

Hati ibu mana yang tidak luluh apabila terpaksa berpisah dengan anak-anak yang selama ini dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh?

Itulah yang dirasai wanita ini saat dia terpaksa melepaskan anak-anak kesayangan pulang ke pangkuan ibu tiri mereka.

"Bukan tinggal dengan ibu ayah, tapi dengan mak tiri..."

Perkongsian @risyia2020 di Tiktok menarik perhatian ramai yang turut sebak melihat momen perpisahan ibu ini dengan anak-anaknya di lapangan terbang.

Difahamkan wanita ini terpaksa merelakan pemergian anak-anaknya memandangkan dia dan suami yang telah berpisah dan hak penjagaan anak kini berada di tangan lelaki tersebut.

 

@risyia2020

Fly ✈️Tinggal dgn ibu ❎Tinggal dgn ayah ❎Dgn mak tiri ✅

♬ original sound - Hafa🕊️ - HAFAA✨

"Ex laki dan bini baru tinggal berasingan atas faktor kerja..."

Menurut satu komen dari netizen, dipercayai anak-anak wanita ini yang tidak tinggal dengan ibu atau bapa kandung sendiri disebabkan kerana bekas suami dan isteri barunya yang terpaksa tinggal berasingan mungkin kerana faktor kerja.

Justeru, memandangkan hak penjagaan anak di tangan suami, maka kesemua mereka terpaksa tinggal dengan ibu tiri tanpa ibu bapa kandung di sisi.

"Setelah kenangan bertahun-tahun terpaksa redha lepaskan pemergian anak2..."

 

@risyia2020

 

♬ bunyi asal - gakpernahepyepe

"Stay dengan mak tiri dekat Tawau rupanya..."

Menerusi ruangan komen, wanita ini menjelaskan yang dia juga baru mengetahui kebenaran bahawa anak-anaknya ternyata tinggal bersama ibu tiri di Tawau sementara bekas suami pula di Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, netizen pula meluahkan rasa sayu melihat perpisahan ini yang dipenuhi dengan kesedihan oleh setiap seorang daripada mereka.

"Ini yang paling takut..."

"Saya dah rasa macam mana pisah dengan anak, memang tak sanggup..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen