“Lepas tegur, Prof ada bantu pelajar tu sampai berjaya.” - Rakan pensyarah dedah cerita sebenar

Oleh: Shasha Zack

Isu mengenai seorang pensyarah wanita yang menghina dan memperlekah anak yatim gara-gara tiada komputer riba hangat diperkatakan hari ini.

Susulan tindakannya itu, ramai yang mengecam dan marah dengan kata-kata kesat yang keluar dari mulut pendidik tersebut.

Pasal Tu Aku Tak Boleh Duduk Dengan B40

"Video ni last year, kawan sekelas yang viralkan dah delete. Yang jahat kawan sekelas.."

Menerusi akaun Facebook rakan pensyarah wanita berkenaan, dia menjelaskan bahawa video tersebut yang ditularkan oleh rakan sekelas telah dipadam susulan kes tersebut yang sebenarnya telah lapuk.

Dalam pada itu, Dato Rusly Abdollah juga menegaskan hal ini merupakan tindakan dan niat jahat rakan sekelas yang sengaja ingin mengambil kesempatan atas kata-kata pensyarah berkenaan semata-mata untuk kontroversi.

“Lepas tegur Prof ada bantu pelajar tu & pelajar tu dah berjaya.” -Rakan Prof dedah cerita sebenar

"Pernah dihalau dari kelas kes lupa bawak nota..."

Terbaru, satu perkongsian di Twitter @bian1918GT menunjukkan kenyataan dari pelajar itu sendiri bahawa pensyarah wanita tersebut rupanya telah lama bersara pada tanggal 18 Ogos 2020.

Malahan, lebih mengejutkan, pelajar ini rupanya difahamkan telah menjadi seorang yang berjaya hasil teguran pedas pensyarah berkenaan. Tambahan pula, mereka berdua sebenarnya mesih berhubung dan mengekalkan hubungan baik antara bekas pelajar dan bekas pendidik.

Image

Image

"Lepas dia bising dalam kelas, dia tanya apa bantuan budak tu perlu..."

Menurut tangkap layar yang dimuat naik di Twitter berkenaan, difahamkan setelah pensyarah tersebut memarahi pelajar berkenaan, beliau telah bertanya mengenai apakah bantuan yang diperlukan untuk dibantu dengan memohonkan zakat buat pelajar tersebut.

 

Image

Image 

 

Tweet penuh:

"My cousin kata tipu..."

Sungguhpun begitu, seorang gadis telah menyatakan bahawa kenyataan di Twitter berkenaan adalah dusta dan menegaskan bahawa saudaranya sendiri mengesahkan yang dia telah memasuki kelas pensyarah berkenaan baru-baru ini.

 

"Dia dah bersara, dan diambil kerja semula..."

Justeru, hal itu kemudiannya telah dibalas semula oleh seorang individu dengan mengatakan pensyarah berkenaan sememangnya telah bersara namun diambil bekerja semula baru-baru ini.

 

Namun begitu, sehingga kini masih belum ada penjelasan dari pihak pensyarah mahupun pelajar itu sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen