Terjaga awal pagi, wanita pelik perempuan serba putih tabur sesuatu depan rumah. -"Itu apa ya?"

Meskipun dunia kini sedang memacu laju ke arah kemajuan, namun mentaliti dan sikap segelintir manusia masih mundur.

Buktinya, mereka ingin berjaya dan bahagia tetapi tidak ingin bersaing secara sihat sebaliknya lebih rela memilik cara kotor termasuklah menggunakan ilmu hitam.

Wanita serba putih depan rumah undang tanya

Mengamati sorotan yang dikongsikan Ana, dia berdepan dengan situasi mencemaskan apabila melihat sosok seorang wanita berpakaian serba putih di hadapan rumahnya.

 

@n.shzana Korg rasa apa yg Perempuan tu campak ke rumah aku?๐Ÿ˜ข Kaki tgn aku menggeletar terkejut. Ya ALLAH,. Semoga Allah lindungi aku, ank2 dan suami dr perubatan keji manusia durjana ni. Patut ke aku g buat report? Rase terancam..ุฃูŽุนููˆู’ุฐู ุจูุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุทูŽุงู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุฌููŠู…ููู’ ููŽู„ูŽู…ู‘ูŽุง ุฃูŽู„ู’ู‚ูŽูˆุงู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ููˆุณูŽู‰ ู…ูŽุง ุฌูุฆู’ุชูู… ุจูู‡ู ุงู„ุณู‘ูุญู’ุฑู ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ู‡ูŽ ุณูŽูŠูุจู’ุทูู„ูู‡ู ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ู‡ูŽ ู„ุงูŽ ูŠูุตู’ู„ูุญู ุนูŽู…ูŽู„ูŽ ุงู„ู’ู…ููู’ุณูุฏููŠู†ูŽ(Yunus 10:81) #khianat #fypage #tolongfyp #malaysia #natizen #fypใ‚ทใ‚šviral #fypdongggggggg โ™ฌ Amityville Horror - Scary Halloween Sound Effects - Halloween Sound Effects

 

Difahamkan, dia menyedari akan kejadian itu selepas terjaga susulan mendengar bunyi enjin kereta dan anjing menyalak seawal 2.35 pagi.

Hal itu kemudiannya mendorong dia untuk melihat keadaan di luar rumah menerusi tingkap bilik sahaja.

Netizen syak rumah ditabur tanah kubur

Namun begitu, alangkah terkejutnya dia melihat wanita berkenaan sedang menabur sesuatu di hadapan rumahnya seawal itu, barangkali beranggapan bahawa tiada sesiapa menyedari perbuatannya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya memaklumkan bahawa wanita berkenaan menabur tanah kubur yang mana motifnya untuk memecah belahkan keluarga.

 

"Ini sihir untuk memecah belahkan keluarga"

 

"Nanti jirus dengan air"

Selain itu, ada juga yang berkongsi cara membersihkan semula taburan tanah tersebut dengan betul agar sihir tersebut terbatal, tetapi dalam waktu sama masih perlu memanggil ustaz sebagai alternatif lain untuk perlindungan.

 

"Penyakit manusia"

Selain itu, tak kurang juga yang meluahkan rasa geram apabila melihat masih ramai rupanya manusia memilih jalan salah untuk kepentingan diri.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen