Dakwa dipaksa naik van oleh lelaki, Raniya akhirnya ditemui dalam keadaan menggigil ketakutan

Oleh: Shasha Zack

Tular kisah seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang dipercayai hilang selepas pulang dari sekolah, masih lengkap beruniform sejak semalam.

Lambat jemput anak, hilang dari sekolah...

Perkongsian ibu kanak-kanak tersebut di Facebook, Ryana Mohd Nor menjelaskan khilafnya bahawa dia terlewat mengambil anaknya, Sofia Raniya pelajar SK Midah 1 kerana kesesakan jalan raya.

Sudah merata dicari namun tiada, luluh hati Ryana apabila anaknya hilang dan segera melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

May be an image of 1 person and text that says

"Ada orang jumpa dia di bandar Tun Razak..."

Menerusi Harian Metro, Ryana telah memaklumkan menerusi siaran langsung Facebooknya bahawa anaknya telah berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan mengucapkan penghargaan buat mereka yang membantu.

“Ada orang jumpa dia di Bandar Tun Razak dan kini ada di IPD Cheras.”

Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar selaku Ketua Polis Daerah Cheras juga mengesahkan kenyataan itu kepada pihak media.

May be an image of 2 people, people standing, motorcycle and indoor

 

Sofia Raniya didakwa naik van dan ditinggalkan di lobi pangsapuri

Ryana juga menolak dakwaan bahawa anaknya tersilap menaiki van kerana dia tidak pernah menggunakan khidmat van sekolah untuk menjemput dan menghantar anaknya.

“Setiap hari saya atau ahli keluarga yang lain akan menghantar dan mengambil anak-anak di sekolah, kami tidak menggunakan perkhidmatan van,” kata Ryana.

Malahan, dia turut menegaskan anaknya memberitahu telah diminta menaiki van oleh seorang lelaki sebelum meninggalkannya di lobi sebuah pangsapuri.

“Saya difahamkan polis menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di pangsapuri berkenaan, melaporkan mengenai seorang kanak-kanak yang ditinggalkan seorang diri di lobi pangsapuri berkenaan.” 

Terus berlari peluk ibu bila jumpa, menggigil ketakutan...

Menerusi perkongsian di Facebook, Ryana menceritakan momen berjumpa dengan anaknya, Sofia Raniya merupakan detik yang sangat mengharukan ketika kanak-kanak tersebut terus berlari memeluknya dan mendakapnya erat dalam keadaan menggigil ketakutan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen