Kes pensyarah ‘marah’ B40 : Pelajar rupanya masih ada ibu?

Oleh: Shasha Zack
 

Hangat diperkatakan kini mengenai isu seorang pensyarah wanita yang telah memarahi pelajar gara-gara tiada komputer.

Hal ini telah tular di media sosial termasuk di Twitter gara-gara percakapan tenaga pengajar tersebut yang dilihat memperlekeh pelajar tersebut dengan menghina golongan B40.

MPP UiTM selar pensyarah 'hina' pelajar tiada komputer | Edisi 9

Isu lapuk, pelajar telah dibantu dan telah lama graduasi...

Walaubagaimanapun, beberapa pendedahan dan cerita sebenar mula terbongkar sedikit demi sedikit menunjukkan sebenarnya isu ini merupakan isu lama yang tular semula di samping pelajar tersebut telah dibantu oleh pensyarah berkenaan.

Malahan, mereka juga sebenarnya masih berkawan hingga sekarang dan pelajar berkenaan difahamkan telah bergraduasi.

Video berkenaan juga didakwa ditularkan oleh rakan sekelasnya yang telah pun memadam akaun serta video yang dimuat naik ke Twitter sejurus ia tersebar meluas di media sosial.

 

 

Sebenarnya ibu masih hidup, kerja kilang

Terbaru, satu perkongian di Twitter telah tular mengenai sebenarnya ibu kepada pelajar berkenaan sebenarnya masih hidup!

Menerusi beberapa kenyataan rasmi dan kenyataan laporan dalaman pihak universiti, ibu pelajar tersebut merupakan seorang pekerja di sebuah kilang.

Bukan tak ada komputer, cuma tak bawa ke kampus...

Difahamkan, pelajar tersebut bukanlah sebenarnya mempunyai komputer riba namun terlupa untuk membawa ke kampus. Justeru, dia telah menghadiri kelas online yang diadakan dengan hanya menggunkana telefon bimbit.

Pelajar lelaki terbabit turut mendapat Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pihak universiti bagi beberapa solution...

Berdasarkan kenyataan pihak universiti, difahamkan mereka telah mengemukakan beberapa tindakan penyelesaian memandangkan kedua-dua pihak sudah bertemu.

Walaubagaimanapun, tindakan yang dicadangkan bergantung kepada nasihat pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Video asal pemilik akaun Twitter tersebut setakat ini telah dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen