Maklumat peribadi pensyarah tersebar, penyiasatan netizen kali ini ditegur. -"Melebih sangat tu..."

Kemarahan yang melanda warganet semalam, benar-benar mengejutkan selepas seorang pensyarah didapati merendah-rendahkan martabat pelajarnya yang dari keluarga B40.

Hanya disebabkan sebuah komputer riba, segala salasilah keluarga pelajar terbabit dipetik oleh pensyarah berkenaan membuatkan mereka bengang.

Penyiasatan netizen ditegur

Walaubagaimanapun, siapa sangka kerja penyiasatan tentera bawang Malaysia kali ini didapati melebihi had yang sepatutnya apabila tersebar maklumat peribadi pensyarah itu dan antaranya adalah nombor telefon bimbit serta alamat rumah.

 

 

 

 

"Melampau sangat tu"

Susulan dengan itu, beberapa orang individu tampil menegur agar warganet menghentikan penyiasatan yang keterlaluan itu walau seburuk apapun kontroversi yang sedang menghimpit.

 

"Jangan over sangat"

"Tak perlu sebar kot"

 

Video tular rupanya dah lama?

Bukan itu sahaja, selepas kekecohan itu mulai reda, tampil pula beberapa sumber yang memaklumkan bahawa kejadian yang tular berlaku pada tahun lalu.

Malahan, pensyarah tersebut juga dikatakan telah menyumbang komputer riba kepada pelajar tersebut dan membantunya menyelesaikan tesisnya.

 

 

Namun begitu, rata-rata warganet masih tidak dapat memastikan akan kesahihan perkara tersebut sehingga ada yang meminta agar pensyarah itu sendiri yang tampil menjernihkan keadaan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen