"Bella bagitahu dia diikat, dicili & dijirus air panas." - Saksi pendakwaan Siti Bainun buka cerita

Oleh: Shasha Zack

Kes Siti Bainun Ahd Razali (pengasas Rumah Bonda) yang didakwa atas pertuduhan mengabaikan dan menganiaya Bella, seorang kanak-kanak Sindrom Down telah disahkan seorang saksi pendakwaan yang menyatakan bahawa mangsa ada memberitahu dia dicili, dijirus air panas dan diikat.

Menurut Kosmo, Bella telah menceritakan hal tersebut kepada Zurianty Sudin ,39, yang juga rakan kepada Siti Bainun berkata, semasa mereka di dalam ambulans, dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jun 2021.

"Semasa dalam ambulans ke HKL, saya ada bertanya kepada Bella apa yang jadi, Bella yang mengatakan dia di ‘cili’ dijirus air panas dan kena ikat."

Tohmah Orang Sana Sini Konon 'Fight For Justice'- Peguam Siti Bainun Tegur  Netizen? - Murai MY

Siti Bainun tak pernah jenguk, tengok keadaan Bella di hospital

Menurut saksi, Bainun juga tidak pernah menjenguk dan bertanya khabar Bella sepanjang kanak-kanak tersebut ditempatkan di hospital. Bainun difahamkan hanya bertanya kenapa anak-anak angkat dihantar ke pusat kuarantin di Maeps Serdang pada waktu itu.

Saksi juga menyatakan bahawa hubungan Bainun dan Bella pada awalnya adalah sangat baik kerana wanita tersebut dilihat ikhlas menyayangi Bella.

"Bainun pandai ambil hati Bella apabila suka membeli barangan solekan dan baju baru…"

"Namun pada Ogos 2020, saya mula lihat mereka tidak berapa mesra selepas Bainun enggan membawa Bella berjalan ke Kuala Selangor untuk ke rumah abang ipar Siti Bainun."

Dakwa Bella nakal, sebabtu taknak bawa jalan-jalan

Ketika ditanya, Bainun hanya menyatakan alasan bahawa Bella suka membuat perangai dan juga degil yang menjadi punca Bainun tidak lagi suka membawa kanak-kanak itu berjalan.

Diharapkan agar kes ini dapat diselesaikan segera dan keadilan dapat ditegakkan.

Video Temubual Siti Bainun Dikecam, Netizen Kata Dia Layak Menang OSCAR? -  Murai MY

Hak penjagaan Siti Bainun didengar 14 September

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen