Dilarikan suami 8 tahun lalu, ibu melompat gembira jumpa anak lepas lama terpisah tanpa khabar

Oleh: Shasha Zack

Setelah 8 tahun berpisah dengan anak sulung, Akma Sulaiman melompat kegembiraan sambil mendakap erat anak sulungnya yang sekian lama tidak bersua gara-gara jarak jauh yang memisahkan.

Menetap di Sydney Australia, akhirnya Danish Aqez, anak sulungnya pulang ke pangkuan keluarga pada 21 Mac lalu setelah 8 tahun menetap di sana.

"Danish dibawa oleh suami tanpa pengetahuan saya..."

Menerusi temubual bersama Mstar, Danish difahamkan telah dilarikan oleh bekas suami tanpa pengetahuan wanita ini.

"Saya dah berpisah dengan bekas suami. Danish dibawa ke Australia tanpa pengetahuan saya."

"Dua tahun tak tahu dia kat mana. Kali terakhir jumpa masa Danish dihantar ke rumah bekas ibu mentua."

Menrurut Akma, dua tahun dia tidak mengetahu keberadaan dan khabar anaknya sehingga akhirnya ada seorang rakan yang terjumpa bekas suami di sana. Saat mengetahui keberadaan Danish, barulah Akma boleh menarik nafas lega.

Berhubung menerusi video call saja...

Menurut Akma, sejak 6 tahun lalu, dia dan Danish hanya berhubung melalui panggilan video sahaja dan akui itu pun sudah memadai untuk mengubat kerinduan pada anak sulungnya.

Sepanjang 8 tahun, selalu sedih bila anak tiada di sisi, hanya mampu berdoa

Cerita Akma lagi, sepanjang 8 tahun ketiadaan Danish, hidupnya terasa sedih dan sayu mengenangkan tidak dapat melihat proses pembesaran anaknya di depan mata. Lebih-lebih lagi pada 2 tahun pertama ketika status Danish masih belum ditemukan, Akma mencari setiap hari tanpa gagal.

Dia juga menyatakan sering berdoa agar anaknya sentiasa sihat dan menjalani kehidupan yang baik meskipun mereka berjauhan beribu kilometer.

"Terlampau excited masa tahu Danish nak balik..."

Apabila mengetahui berita akan kepulangan Danish ke tanah air, Akma menceritakan dia sangat teruja dan gembira untuk menyambut kepulangan anak sulungnya itu.

Lebih-lebih lagi apabila Ramadhan dan Syawal yang makin hampir, Akma menyatakan bahawa ini adalah anugerah terindah sepanjang hidupnya.

 

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by AqMa (@aqmamarissadanish)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen