Tiba2 topi & pelitup muka tercabut masa ambil 'skroll', gadis tahan malu atas pentas 'konvo'

Oleh: Zuzu Yasmine

Majlis konvoksyen merupakan hari yang sangat bermakna buat para pelajar yang berjaya menamatkan pembelajaran mereka. Mana tidaknya, selepas bertahun-tahun berhempas pulas bagi mengenggam sebuah ijazah mahupun diploma.

Rasa teruja pastinya mengusai diri apabila bakal berdiri di pentas utama dan akan menjadi tontonan ramai. Bagaimanapun, kadang kala pelbagai perkara yang tidak terjangka boleh berlaku walaupun sudah melakukan persiapan awal.

Topi tercabut di pentas konvo.

Itulah yang dilalui seorang gadis ini apabila terpaksa detik-detik mencemaskan sekaligus memalukan pada hari bermaknanya.

Menerusi satu video yang dimuat naik di platform TikTok oleh pengguna dikenali sebagai @piyanzjengka ini memaparkan seorang gadis berada di atas pentas untuk mengambil sijil di hari konvoksyen.

@piyanzjengka Kenangan terindah.. 😆#fyp ♬ Suara Ketawa Musik Lucu - Rusli Ridwan

Bagaimanapun, keadaan menjadi kalut apabila topi dan juga pelitup muka gadis berkenaan tercabut ketika berada di atas pentas.

Bimbang akan melengahkan masa orang lain, gadis berkenaan dilihat tidak memperdulikan apa yang terjadi pada dirinya malah tetap meneruskan gilirannya untuk mengambil sijil dengan keadaan yang tidak berapa terurus.

Dapat naik pentas lagi sekali.

Dalam video yang lain pula, gadis berkenaan bernasib baik apabila diberi peluang untuk naik atas pentas sekali lagi bagi mengambil gambar dalam keadaan yang lebih ‘proper’ dari sebelumnya.

@piyanzjengka Alhamdulillah.. terbaik pihak pengurusan.. Siap boleh beegamba lg..👍#fyp #syukurselalu🤲 ♬ original sound - Piyanz85_Jengka

Difahamkan, gadis berkenaan bukannya gemuruh sebaliknya ‘extender’ pelitup mukanya tiba-tiba tercabut ketika berada di atas pentas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turutb bersimpati akan kejadian yang menimpa gadis berkenaan. Malah, mereka turut tidak terbayang bagaimana gambar konvo gadis itu.

Macam mana lah gambar konvo dia

Nervous betul ni

Kesian tapi comel

Masa tu la semua benda nak tercabut

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen