Tiap hari jaga cucu tak pernah berpisah, datuk rebah bila tahu kanak2 pergi menghadap Ilahi

Oleh: Shasha Zack

Harinya penuh ceria dengan gelagat cucu kesayangan hingga sanggup bertandang ke rumah menantu setiap hari tanpa gagal, tapi kebahagiaan itu akhirnya musnah dalam sekelip mata.

Itulah kisah duka seorang warga tua yang kehilangan cucu kesayangan secara tiba-tiba, merenggut sekali kebahagiaan yang tiap hari dikecapi.

"Kalau aku sibuk kerja, bapa mertua yang akan jaga anak dan hari2 dia sangat ceria..."

Perkongsian @nairaginting2 di Tiktok sangat meruntun hati netizen apabila dia berkongsi kisah bapa mentua nya yang bagaikan dihantar dari syurga untuk menjaga anaknya setiap hari, lebih-lebih lagi jika dia sibuk bekerja.

Tidak pernah merungut mahupun berasa penat, warga emas tersebut dilihat sangat gembira dan bahagia menjaga cucunya setiap hari hingga hubungan mereka terlalu akrab bagai tak boleh dipisahkan.

 

@nairaginting2

 

♬ original sound - LATV Channel

Bapa mentua sangat sebak, nampak dari matanya...

Namun begitu, takdir menentukan segalanya, cucu kesayangan akhirnya pergi dijemput Ilahi dipercayai kerana sakit. Wanita ini turut memuat naik keadaan semasa bapa mentuanya yang dilihat sedih bagaikan hilang semangat buat ramai sebak dan simpati.

 

@nairaginting2 Balas @nellymahrin ♬ suara asli - Nairaginting2

Ayahnya tenung gambar lama2 hingga menangis

Dalam perkongsian lain, suami wanita ini hanya mengubat rindu buat arwah anaknya dengan menatap gambar di telefon hingga mengalirkan air mata. Sesungguhnya rindu pada yang sudah tiada memang terasa sangat perit kerana tiada ubatnya..

@nairaginting2

 

♬ Jangan Berhenti Mencintaiku - Titi DJ

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen