Gigih nak fokus dalam solat, pemuda hidap 'Tourette syndromne' luah pernah dipandang pelik ketika berjemaah

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai mula menyedari akan Tourte Syndrome dalam kalangan masyarakat kita. Untuk makluman, sindrom ini merupakan masalah saraf yang menyebabkan pergerakkan berulang atau percakapan yang tidak terkawal.

Walau bagaimana pun, itu bukan halangan untuk seorang pemuda ini tetap menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Gigih nak fokus dalam solat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Fitri, dia telah berkongsi bagaimana cara dirinya yang menghidap sindrom tersebut menunaikan solat.

Dalam video tersebut, dapat dilihat pemuda berkenaan cuba untuk khusyuk walapun berdepan dengan ‘gangguan’.

@fik.03 NOT FAKE❗️🤬 #tourettesyndrome #tourettesyndromemalaysia #fikriTS #awareness #Fyp #foryoupage #Raya #ramadan ♬ Past Lives - dots

Tetap cekal menghadapi apa jua pandangan masyarakat, Fikri memaklumkan dirinya pernah menunaikan solat berjemaah di luar namun menerima padangan pelik dari orang sekeliling atas kelakukannya.

Di akhir video tersebut, dapat lihat pemuda berkenaan dapat menunaikan solat dengan baik sebelum meneruskan untuk bacaan doa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen positif dan kara semangat buat insan tersebut. Malah, mereka memuji pemuda berkenaan yang tetap menunaikan tanggungjawab walaupun dalam keadaan seperti itu.

Besar pahala dia

Tak alasan untuk yang sempurna

Allah uji sebab Allah sayang

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen