Tiket konsert Justin Bieber habis dalam masa 3 jam, ada pulak pihak jual semula dengan harga tak masuk akal

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas lebih 10 tahun tidak mengadakan konsert di Malaysia, pastinya ramai yang berebut-rebut untuk membeli tiket konsert bintang pop Justin Bieber, yang dijual atas talian pada hari ini dengan harga antara RM288 hingga RM1,088.

Bagaimanapun, nampaknya ramai yang mengeluh tidak berpuas hati apabila tiket konsert bintang pop terkenal, Justin Bieber dalam masa yang singkat.

Difahamkan, tiket konsert jelajah Justice Wold Tour yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini habis licin dalam masa 3 jam lepas dilancarkan.

Melihat ke laman Twitter, ramai peminat bintang pop itu meluahkan rasa kecewa kerana gagal memiliki tiket artis kegemaran mereka.

Melepas konsert Justin Bieber

Harga jual semula cekik darah.

Lebih parah lagi, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual harga tiket konsert berkenaan dengan harga yang lebih mahal.

Malah, terdapat netizen berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan’ reseller’ menjual semula tiket berkenaan dengan harga dua kali ganda lebih mahal dari harga asal. Jika harga tiket bernilai RM288 namun pihak tersebut akan menjual dengan harga RM1000 ke atas.

Apa-apa pun diharapkan peminat Jsutin Bieber sentiasa berhati-hati dalam membuat pembelian tiket ini memandangkan pihak pengurus menasihati agar membeli pada pembeli tiket yang sahaja.

Hal ini kerana, untuk masuk ke konsert, pembeli perlu menyatakan pengenalan peribadi dan sijil vaksinasi individu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen