Bertemu semula lepas 10 tahun, cikgu tak sangka bakal bertugas satu sekolah dengan bekas anak murid

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang pendidik pastinya sangat berbangga melihat anak-anak murid berjaya dalam hidup mereka. Mana tidaknya, dengan hasil didikan guru-guru pastinya para pelajar menjadi insan berguna apabila mereka dewasa.

Satu sekolah semula dengan bekas pelajar.

Itulah yang terjadi pada seorang guru ini apabila berkongsi pertemuan bersama bekas anak muridnya yang bakal menjadi guru di platform TikTok miliknya.

Menurut Cikgu Yuslanibr, dia pernah mengajar bekas anak muridnya itu sekitar tahun 2012 namun bertemu kembali semula pada tahun ini.

@yuslanibr Apabila bekas anak murid datang ke sekolah untuk praktikal ,itu tandanya mantan guru mereka memang boleh standy untuk pencen da😅#cikgu #fypdongggggggg ♬ original sound - Putery Emiey

Katanya, bekas anak muridnya itu datang ke sekolah tersebut untuk latihan industri malah sempat berseloroh bahawa itu tandanya dia semakin dekat untuk pencen.

Dalam video tersebut dapat dilihat Cikgu Yuslanibr mengimbau kembali gambar saat dia bersama bekas pelajarnya semasa pelajar.

Lebih menarik perhatian lagi, apabila guru berkenaan tetap memakai baju berwarna merah jambu yang dikatakan baju yang sama ketika mengambil gambar bersama pelajar berkenaan dahulu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum melihat hasil didikan guru tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi kisah sama selain turut berseloroh bahawa guru berkenaan dilihat seakan tidak dimamah usia.

Cikgu tak pernah tua ke?

Ada pengalaman sama

Cikgu tersekat dekat mesin masa ke?

Seronok tengok hasil depan mata

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen