Terhidu bau busuk dari rumah jiran, polis terima aduan terus pecah masuk rungkai misteri

Oleh: Shasha Zack

Tular sebuah video menunjukkan sekumpulan anggota polis yang terpaksa memecah masuk sebuah rumah selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.

Hal ini susulan bau teramat busuk yang keluar dari rumah seorang penghuni membuatkan ramai yang tidak senang dan tertanya tanya.

Polis siasat bau busuk...

Perkongsian @Papa Fen di Tiktok meraih tontonan ramai yang turut risau akan apa yang berlaku. Susulan aduan yang diterima, pihak polis yang datang mengakui terhidu bau busuk yang sama membuatkan mereka terpaksa memecah masuk setelah gagal mendapat respons dari orang dalam rumah.

Salah seorang terpaksa menggunakan cutter untuk membuka pintu dan terus memeriksa seluruh isi rumah kemudian mendapati punca yang datang dari sebuah bilik.

Ketuk pintu bilik tapi tak ada respons...

Difahamkan setelah beberapa kali mengetuk tanpa respons mereka terpaksa meninjau dari tingkap untuk mendapatkan kepastian.

Namun begitu, sanagt mengejutkan ketika seorang wanita yang keluar dari biik tersebut dan tidak mendakwa tercium bau busuk tersebut.

 

@bigredmachine3196 Merungkai misteri bau busuk dirumah jiran pengadu 😱😱😱 #ipdpetalingjaya #misteri #polisselangor #pdrm #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound - Papa Fen 🤗

Akhirnya terbongkar punca bau, rupanya...

Saat ditanya pada wanita tersebut, dia memberi penjelasan bahawa langsung tidak mendengar bunyi bising dari luar rumah gara-gara terlampau penat. 

Bertanya mengenai punca bau busuk itu, wanita berkenaan malah mengakui dia langsung tidak menghidu bau tersebut yang berpunca dari bangkai kucing yang telah reput!

Hasil siasatan mendapati, pihak polis tidak menjumpai sebarang perkara mencurigakan dan menasihatkan wanita terbabit untuk segera menyelesaikan bangkai haiwan itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen