"Kita masih jauh dengan endemik..." -Ramai keliru, KJ perjelas lagi elak salah faham

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin dalam ciapannya di Twitter memaklumkan bahawa Malaysia masih belum berada di fasa endemik.

"Kita belum masuk fasa endemik"

Kenyataan itu dimuat naik bagi memperbetulkan semula hantaran seorang pengguna Twitter yang meluahkan rasa keterujaannya apabila negara kini berjaya melangkah ke fasa itu.

Malaysia masih di fasa peralihan

Menurut menteri itu, endemik bermakna Covid-19 tidak lagi tersebar dengan meluas dan tiada lagi langkah kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka.

Pun begitu, situasi tersebut belum lagi menjadi kenyataan memandangkan kes jangkitan harian masih lagi tinggi, manakala langkah kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka serta penjejakan kontak masih diwajibkan.

"Tidak, kita belum hampir lagi dengan endemik. Ini merupakan peralihan (yang mungkin perlahan) ke arah endemik."

Untuk makluman, negara masih berada di fasa peralihan yang mana fasa ini beberapa langkah kesihatan awam yang diguna pakai sejak Mac 2020 mula dimansuhkan.

Demikian bagi mempersiapkan orang ramai dengan fasa endemik yang masih belum diketahui waktu tepat untuk diumumkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen