Rasa dipinggir, wanita kecewa bini pertama tak izin tengok suami kali terakhir

Bercerita tentang hidup bermadu, bukanlah semua wanita di luar sana boleh menerima akan perkara itu.

Lebih tepat lagi, tiada wanita yang suka jika perlu berkongsi kasih suaminya dengan orang lain.

"Dosa ke jadi isteri kedua?"

Menelusuri kisah seorang wanita yang juga merupakan isteri kedua, dia meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat menatap arwah suaminya buat kali terakhir sebelum dikafankan.

 

@touchlena Sambungan VTT jawapan kenapa Jenazah Suami saya berpindah Lokasi. Jgn tabur Fitnah dan Percaya bile Hanya dengar Sebelah Pihak saje. #alfatihah #kematian #suami #family #zalim ♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio

 

Hal itu adalah kerana dihalang oleh isteri pertama dan keluarganya atas sebab yang dia sendiri juga tidak tahu.

Pun begitu, adik beradiknya (isteri kedua) ada cuba berbincang untuk mendapatkan kebenaran masuk untuk melihat arwah, namun pihak isteri pertama tetap bertegas melarang.

Isteri pertama halang jumpa arwah

Walaupun hanya dapat melihat dari jauh, namun agak kecewa apabila haknya sebagai isteri juga tidak diendahkan sedangkan sewaktu hayat arwah, dialah yang menjaga bagai menatang minyak yang penuh.

 

@touchlena Family saya je kekuatan saya masa ni. Kenangan Saya iringi arwah suami dari Bawah blok sampai masok ke Dlm Bas Jenazah  #alfatihah #suami #family ♬ original sound - Siti Nordiana

 

Lebih meruntun hati, difahamkan arwah suaminya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya dan jelas sekali dia amat terkesan dengan peristiwa itu.

"Mudah-mudahan jumpa di Syurga"

Ikut sebak mengenangkan nasib wanita berkenaan, ramai menitipkan kata-kata semangat buatnya agar terus bertahan dan kuat menempuh liku hidup bermadu.

 

 

 

"Tabahlah sis"

 

"Kita tak perlu menghukum"

Mereka tahu bahawa ianya pasti sesuatu yang sukar untuk diterima dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas ujian yang menimpa.

 

"Doakan dari jauh"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen