Sedia terima akibat, Will Smith umum letak jawatan

Selepas insiden menampar pelakon dan juga pelawak terkenal, Chris Rock di atas pentas berprestij Anugerah Oscar minggu lalu, Will Smith mengumumkan perletakan jawatan dirinya dalam Akademi Seni dan Sains Motion Picture.

Will Smith umum letak jawatan

Tegasnya, segala akibat yang bakal diterima susulan kelakuannya akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh dirinya sendiri.

"Saya akan menerima semua akibat susulan kelakuan saya. Tindakan saya semasa penyampaian Anugerah Akademi ke-94 adalah mengejutkan, menyakitkan dan tidak boleh dimaafkan."

-Will Smith-

Menurut sumber, pengunduran Smith dibuat hampir seminggu selepas beliau tidak dapat menahan marah sebelum bertindak menampar muka Rock kerana menjadikan isterinya bahan jenaka.

"Saya patah hati"

Selain itu, Will juga akui bahawa kelakuannya minggu lalu adalah tidak boleh dimaafkan sekaligus telah mengkhianati kepercayaan akademi.

"Saya mengkhianti kepercayaan akademi. Saya menafikan peluang calon dan pemenang lain untuk mereka meraikan dan diraikan atas kerja luar biasa mereka."

"Saya patah hati, saya mahu beri tumpuan semula kepada mereka yang patut diberi tumpuan atas pencapaian mereka dan membenarkan akademi kembali melakukan kerja untuk menyokong kreativiti dan kesenian dalam perfileman."

-Will Smith-

Walaubagaimanapun, keputusan Will masih dalam perbincangan dan kini pihak akademi dalam memulakan proses semakan formal bagi menentukan potensi pelakon juga pengarah itu digantung atau dipecat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen