4 Perkara Untuk Diingati Apabila Anda Mencuba Untuk Mengasihi Walaupun Telah Dilukai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Belajar mencintai seseorang setelah melukai dan menghancurkan hati kamu bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin saat ini adalah masa yang paling mencabar bagi anda. Sebaik sahaja seseorang mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati anda, ia seolah-olah sukar sembuh darinya. Tetapi mungkin anda boleh melakukan empat cara ini untuk bangkit dari kesakitan itu.



1. Anda tidak bersendirian, ramai lagi yang pernah dilukai dan terluka.


Tiada manusia yang sempurna tanpa kisah lalunya. Jadi jangan merasa rendah diri dengan pengalaman yang anda penah lalui. Setengah daripada kita kadang kala lebih mencintai namun takut untuk terluka. Jika sudah tidak mampu, hentikan saja hubungan itu.

2. Ambil masa untuk pulih.

Ambil berapa banyak masa untuk anda memulihkan diri anda sendiri. Sebelum memulakan sesuatu yang baru, anda patut melupakan segala kesakitan dan kelukaan yang pernah anda alami. Hal ini kerana, untuk mengelakkan anda melukai diri anda lagi mahupun pasangan anda.



3. Sentiasa bersikap terbuka dalam komunikasi dan sedia mendengar.

Di samping itu juga, anda perlu meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati dan sedia mendengar nasihat daripada orang lain. Hal ini kerana, pada ketika ini anda tidak mampu memikirkan hal yang mana baik ataupun tidak. Jadi pendapat dan pandangan orang lain itu penting!

4. Emosi mampu mengaburi pemikiran.

Kita semua ada mempunyai emosi, apabila sesuatu berlaku dalam perhubungan ia mudah menjadi sejuk mahupun panas. Tetapi ujian sebenar berlaku apabila anda tidak mampu mengawal emosi anda. Tindakan menekan dari anda kepada pasangan anda bukanlah sesuatu yang baik. Maka anda perlu mengawal emosi anda agar keadaan sesuatu hubungan itu mampu pulih.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen