Pening Kepala Nak Pujuk Isteri Yang Sedang Marah? Ikuti Langkah Mudah Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila pulang ke rumah tengok isteri kita masam mencuka saja, bila kita tanya sepatah dia jawab sepatah. Maknanya hatinya sedang memberontak dengan emosinya. Mungkin ada kesalahan yang anda lakukan tanpa sengaja. Jadi apa yang anda harus lakukan untuk meredakan keadaan? Mungkin anda boleh ikuti empat cara mudah ini.



1. Duduk dekat dengan dia.

Bila isteri sedang marah hampiri dia, duduk di sebelahnya agar dia sedikit tenang. Jika dia kelihatan tidak selesa anda duduk di sebelahnya, ambil sedikit jarak dari kedudukannya. Tapi jangan anda pergi, jangan keluar rumah lah senang kira. Sebab masa ini si isteri perlukan anda untuk mengawal kemarahannya.

2. Ikut cakap dia.

Apa kata anda tengok jika dia sedang melakukan sesuatu. Manalah tau jika tiba-tiba si isteri minta tolong. Anda pun cepat-cepatlah lakukan kerja itu. Jangan tangguh-tangguh lagi dah. Tapi jika isteri tiba-tiba bercakap dengan anda, balas sahaja semula. Jangan diam sahaja nanti boleh naikkan kemarahannya semula.



3. Panggil nama penuhnya.

Jika anda merasakan keadaan sedikit reda, apa kata anda cuba memanggil nama penuhnya. Tapi dengan nada yang lembut, bukan nada yang kasar. Nanti tak tiba-tiba keadaan yang reda boleh membara semula. Biasanya si isteri akan lembut hati jika suaminya memanggil nama penuhnya secara lembut.

4. Awasi anak-anak.

Bila nampak isteri mula marah-marah tak tentu pasal tu, anda bawa lah anak-anak masuk ke bilik mereka. Hal ini bagi mengelakkan anak-anak anda nampak pergaduhan antara anda. Selain itu juga, ia mampu mengelakkan anak-anak anda turut dimarahi si isteri. Yelah, sekarang si isteri berada dalam emosi yang terganggu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen