Tiada jaminan dibenarkan, Youtuber berdepan hukuman gantung lepas didakwa bunuh kekasih

Susulan tragedi berdarah 3 April lalu, seorang Youtuber dikenali sebagai Abdul Jamal telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan  membunuh kekasihnya.

Kes bunuh teman wanita

Selepas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistert Nur Fadriana Zulkhairi, tertuduh mengangguk faham, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Nur Diyanah Harris berusia 21 tahun di No 12A Lintang Kampung Masjid 3, Teluk Kumbar antara jam 9 pagi hingga 5 petang.

Berdepan hukuman gantung

Menurut sumber, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati selain tiada jaminan ditawarkan.

Walau bagaimanapun, tertuduh boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula pada 13 Julai depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen