"Kesian kat brader yang tegur staff tu." - Lelaki buka cerita sebenar, dakwa ibu hamil memang ambil kesempatan?

Oleh: Shasha Zack

Sejak semalam, hangat diperkatakan isu ibu mengandung yang memotong barisan untuk mendapatkan nasi arab 'viral' Chef Ammar.

Hal tersebut menyebabkan pelanggan yang tak berpuas hati telah memarahi pekerja namun 'disekolahkan' semula oleh Chef Ammar.

Staf kena marah sebab beri keutamaan pada wanita hamil, Cef Ammar naik  hantu! | Astro Awani

"Dia datang dari Negeri Sembilan 2 kali tak dapat..."

Terbaru, muncul satu video menjelaskan segala yang berlaku sememangnya atas dasar 'ambil kesempatan' oleh wanita mengandung tersebut.

Perkongsian @sharifsufi meraih perhatian ramai apabila dia menceritakan lelaki yang telah memarahi pekerja pada hari kejadian adalah kerana telah 2 kali datang namun pulang dengan tangan kosong.

Datang dengan isteri dari Negeri Sembilan, akhirnya lelaki yang 'viral' dimarahi pada hari berkenaan hanya dibolehkan memperoleh 'refund' setelah hajatnya untuk menikmati 'Lamb Shank' Chef Ammar tidak kesampaian gara-gara wanita mengandung terbabit.

 

@sharifsufi

 

♬ original sound - ꜰᴀᴛɪᴍᴀ ꕤ

"Yang mengandung tu bagi la ahli lain datang..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat seharusnya ibu mengandung tidak menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan nasi arab 'viral' secara express.

Malahan mereka menasihatkan jika sudah sarat, sebaiknya hanya tunggu dalam kereta atau mewakilkan keluarga untuk beratur.

"Tu la kadang2 orang mengandung ni ambik kesempatan..."

"Patutnya ibu mengandung hanya boleh ebli untuk diri sendiri je..."

"Patutnya mintak la orang beratur, bukan guna cara tu..."

"Aku pon mengandung teringin jugak, tapi tak sampai hati la..."

"Yang pregnant kalau sihat beratur.."

"Mungkin dah bukan rezeki dia.."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen