“Saksi nafi terima bayaran untuk beri keterangan palsu di mahkamah.”

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kes pengabaian dan penganiayaan remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella, saksi kelima yang juga merupakan bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood menafikan dirinya dibayar untuk memberi keterangan palsu di mahkamah.

Memetik laporan BH Online, dalam prosiding perbicaraan hari ini, peguam Nur A'minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili pengasas rumah kebajikan itu, Siti Bainun Ahd Razali mencadangkan kepada Yasmin, 19, bahawa saksi itu dan bapanya dibayar di luar mahkamah oleh kumpulan yang mendesak keadilan untuk Bella dikenali 'Justice For Bella'.

Bagaimanapun saksi itu menjawab, 'tidak setuju' dengan cadangan itu, bagaimanapun Yasmin bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Bella perlu berdiri setiap hari atas arahan Siti Bainun.

Menerusi satu klip video ditayangkan di mana peguam bertanyakan soalan apakah yang dilakukan oleh Bella dan dijawab oleh saksi bahawa Bella sedang mengutip nasi serta tidak berdiri dan tidak duduk.

Dalam pada itu, Nur A'minahtul Mardiah seterusnya mencadangkan bahawa ia boleh menyebabkan Bella mengalami 'inflammation' atau keradangan di lutut serta kaki tidak boleh bergerak.

Bagaimanapun, saksi yang tidak berpuas hati dengan soalan peguam itu, hanya menjawab 'tidak pasti'.

Dalam prosiding hari ini juga, mahkamah menayangkan satu klip video memaparkan ketika mula-mula Bella ditemui oleh pengadu kes iaitu saksi pertama pendakwaan, Zurianty Sudin, di mana wartawan dan orang awam tidak dibenarkan berada dalam mahkamah.

Nur A'minahtul Mardiah memohon mahkamah hanya hakim, pasukan pendakwaan dan pembelaan dibenarkan menontonnya kerana Bella adalah remaja bawah umur dan dilindungi, dan permohonan itu dibenarkan oleh Hakim Izralizam Sanusi.

Selepas tayangan video itu, peguam bertanyakan kepada saksi sama ada Bella ada menyebut nama Siti Bainun, dalam klip video berkenaan, yang dijawab saksi, 'tidak'.

Yasmin kemudian bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa dalam rakaman itu wanita yang dipanggil 'mommy' (saksi pendakwaan pertama) ada bertanyakan kepada Bella siapa mengikatnya (mangsa), yang dijawab remaja itu, 'Shomin'.

Ketika menjawab soalan peguam bela sebelum ini, Yasmin mengesahkan bahawa Bella memanggilnya dengan gelaran 'Shomin'.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen