“Hanya ambil gambar tempat kejadian, pemanas air & mesin air.” –Saksi tak terima arahan lain

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang jurufoto Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontijen Polis (IPK) memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak menerima arahan untuk mengambil gambar beberapa barang penting dalam kes penderaan remaja sindrom bown, Bella.

Perkara itu didedahkan oleh Koperal Sadzlyee Sairen dari Bahagian Bantuan Teknik (D6) JSJ, yang merupakan saksi pendakwaan ketujuh di Mahkamah Sesyen, dalam perbicaraan kes pengabaian dan penderaan membabitkan remaja sindrom down dikenali sebagai Bella.

Sadzlyee bersetuju dengan cadangan peguam Siti Bainun Ahd Razali, Hafidzah Hassan beberapa gambar barang kes berkenaan tidak dirakam termasuk gambar 'closeup' (gambar dekat) penapis air.

Berikut perbualan prosiding antara Hafidzah dan Sadzlyee di depan Hakim Izralizam Sanusi.

Hafidzah:Kita tiada gambar 'closeup' mesin kedua, setuju tak?

Sadzlyee: Setuju

Hafidzah: Jadi saya cadangkan mesin yang diambil, kita tak nampak 'brand' air apa? Setuju tak?

Sadzlyee: Setuju

Hafidzah: Buat pemeriksaan saja atau ambil gambar saja?

Sadzlyee: Ambil gambar saja

Hafidzah: Masa ambil gambar, tuan ambil gambar berdasarkan arahan, saya cadangkan tuan tak ambil gambar dalam laporan atau kenyataan pengadu, maka sebab itu tidak ambil gambar lain.

Sadzlyee: Tidak pasti

Hafidzah: Saya cadangkan kalau pengadu dipukul dengan sesuatu, tuan perlu ambil gambar barang yang dikatakan untuk dipukul, setuju tak?

Sadzlyee: Setuju

Dalam pada itu, Hafidzah ada bertanya adakah saksi mengambil beberapa gambar lain seperti gambar cawan (jenama) Ikea, cawan Starbucks, batang penyodok, ‘railing’ (alat penyangkut) langsir, tali rafia, kain perca ikat mulut dan juga cecair pelembut pakaian jenama Downy/Softlan.

Dalam kesemua pertanyaan tersebut, Sadzlyee hanya menjawab ‘tidak’ untuk kesemuanya.

Sadzlyee berkata, beliau tidak mengambil gambar itu kerana tidak menerima sebarang arahan daripada pegawai penyiasat berkaitan.

"Saya terima arahan daripada pegawai penyiasat Inspektor Suhaili Mahad dari Bahagian (D11) Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur untuk mengambil gambar tempat kejadian bersabit laporan Wangsa Maju di alamat B-17-2, Kondominium Irama Wangsa, Seksyen 10.

"Saya menggunakan kamera jenis Canon EOS 750d untuk mengambil gambar dan jumlah gambar yang diambil sebanyak 35 keping.

"Saya terima arahan daripada pegawai penyiasat kanan jenayah Asisten Superintendan Rohaini Baharom untuk mengambil gambar tempat kejadian, pemanas air dan mesin air Cuckoo di dalam rumah berkenaan," katanya.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Nor Azizah Mohamad; Zahida Zakaria, Zilfinaz Abbas, Fazeedah Faik dan Nour Shakira Aliana Alias manakala pembelaan dibarisi peguam Nur A'minahtul Mardiah Md Nor serta Hafidzah Hassan.

Zahida berkata, saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, 19, hadir ke mahkamah hari ini namun tidak dapat memberi keterangan kerana tidak sihat.

"Semalam dia mendapat rawatan di klinik dan diberikan sijil cuti sakit (MC), saksi mengalami tekanan darah rendah bagaimanapun saksi tidak berapa sihat (fit) untuk meneruskan perbicaraan.

"Maka pihak kami memohon untuk memanggil saksi lain," katanya.

Perbicaraan kes bersambung 30 dan 31 Mei serta 13, 16, 17, 29 dan 30 Jun ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen