Buat cerita ditidurkan semata nak putus, gadis terkilan diam2 kekasih dah rancang kahwini EX

Perjuangan seorang gadis yang terpaksa bercinta 'jarak jauh' bertemu pengakhiran mengecewakan selepas dia menjadi mangsa tipu kekasihnya sewaktu sedang menjalani latihan di PULAPOL.

6 bulan yang penuh liku

Menelusuri kisahnya, dia yang hanya ingin dikenali sebagai princess terkilan apabila penantiannya selama 6 bulan ternyata hanyalah sia-sia belaka selepas lelaki berkenaan menyatakan keputusannya untuk mengakhiri hubungan mereka.

  

@princessturkk the update that you’ve all been waiting for. like i said, never take covid as a joke, but apparently you did. no one deserves to be treated the way i got treated & i pray NO ONE will go through what i went through. wasted too many tears bcs of this while struggling to finish my thesis. now he blocked my number without any explanation of why he treated me like that, why he made up stories about being positive covid, & even deleted all the conversation. semoga naik #fyp ♬ original sound - princess

Sedih teman lelaki akan ditidurkan 

Walau bagaimanapun, sebelum kejadian tersebut telah berlakunya konflik lain bilamana, gadis itu menerima perkhabaran duka bahawa teman lelakinya akan ditidurkan selepas disahkan positif Covid-19.

Sebagai kekasih, jelas sekali dia risau akan keadaannya di sana sehingga tak semena-mena dirinya mengalami 'anxiety' selain memaklumkan tugasan kuliahnya juga tergendala disebabkan terlalu banyak berfikir.

Cerita ditidurkan cuma helah

Tidak terhenti di situ, gadis berkenaan kemudiannya mulai mencurigai sesuatu selepas mendapati barangan yang dihantar untuk lelaki berkenaan dalam proses pemulangan semula.

Walhal, tuan empunya badan telah ditidurkan menyebabkan dia tergerak hati ingin terus membuat panggilan ke pejabat PULAPOL tersebut dan alangkah terkejutnya apabila pegawai berkenaan memaklumkan penama ahli yang dinyatakan rupanya dalam keadaan baik dan tidak ditidurkan.

 

Diam2 rancang kahwini bekas tunang

Selepas semuanya terbongkar, barulah dia menerima mesej daripada lelaki berkenaan dengan memaklumkan perkara sebenar termasuklah motif dia membuat helah itu.

Rupanya selama bercinta dengan gadis berkenaan, dia juga berhubung dengan bekas tunang dahulu dan telahpun rancang ingin berkahwin membuatkan hatinya makin luluh membaca pengakuan itu.

Menurut pemilik akaun, difahamkan lelaki tersebut telahpun menyekat nombornya sekaligus memungkinkan bahawa dia betul-betul nekad dengan keputusannya untuk berpisah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen