Sayangkan anak dari kereta, bapa tak peduli cermin bersepai asalkan anak selamat

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan satu atau dua kes melibatkan kanak-kanak terkurung di dalam kereta ini. Kejadian yang pernah terjadi pastinya membuatkan ibu bapa sentiasa berhati-hati.

Jadi, sebagai ibu bapa pastinya sangat cemas apabila anak mereka terkurung bersendirian di dalam kereta.

Anak tertidur dalam kereta berkunci.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Halil Hakim ini apabila berkongsi detik cemas seorang bapa apabila anaknya tertidur di dalam kereta.

Menerusi video berdurasi 28 saat itu dapat dilihat seorang lelaki memegang penukul besi bersedia untuk memecahkan cermin kereta berkenaan.

@halilhakim92

suruh anak kunci pintu,ayahnya g kedai..last2 anak dia tido..tp respect ayah dia dgn pantas xckp byk,dia lebih syg anak dia dr cermin kereta..

♬ original sound - Halil Hakim (HMS)

Malah, selepas beberapa kali ketukan cermin tersebut pecah dan anaknya yang sedang lena tidur juga dapat diselamatkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji bapa berkenaan yang lebih sayangkan anak berbanding keretanya.  Bahkan, mereka juga meninggalkan tips lain sekiranya berada dalam keadaan cemas seperti ini.

Janji anak selamat

Kalau pecah depan boleh claim

Nyawa anak lagi mahal dari cermin

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen