“Pilih2 dulu lepas tu rembat.” – Pekerja dedah lelaki ‘kantoi’ mencuri sakan di kedai lepas berbuka

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa sangka dihujung bulan Ramadan ini dan ketika masing-masing sibuk menyiapkan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, ada sahaja individu yang mengambil kesempatan dalam kesibukkan itu.

Lelaki kantoi mencuri.

Baru-baru ini, tular akan sebuah video memaparkan seorang lelaki didakwa mencuri beberapa barang di sebuah kedai di Platinum Walk Setapak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Anggerik Rimba84 itu memaparkan rakaman litar tertutup (CCTV) seorang lelaki berbaju Melayu mengambil beberapa barang di sebuah kedai.

@anggerik_rimba84

Lokasi kejadian : sky world toys shop platinum walk setapak. Di saat staff baru selesai berbuka puasa. Orang tengah ramai kat kedai ada makhluk yang cukup sifat ni sedap je sedang merembat cadar kat kedai. Lepas tu repeat lagi. Rembat 2 scooter pula.. Mantap bang.. Bulan2 puasa ni...

♬ original sound - anggerik_rimba84

Menurut Anggerik Rimba84 itu, ketika kejadian kedai berkenaan dikunjungi ramai pelanggan malah staf juga baru sahaja selesai berbuka puasa.

Rembat cadar, scooter.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah mengambil cadar berserta dua buah scooter mainan dari kedai berkenaan.

@anggerik_rimba84

Yeah.. Sambung curi lagi.. Cadar dapat.. Scooter pun dapat... Elok lupa pakai mask bang. Merembat bulan puasa macam tu je.. Tak de rasa bersalah pun yer..

♬ original sound - anggerik_rimba84

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan warganet berhubung perkara itu. Malah mereka juga berseloroh bahawa lelaki berkenaan sengaja mencari pasal kerana kegiatannya terakam CCTV.

Jenis suka mencuri

Cari kaunter tak jumpa kot

Dia ingat benda free kot

Ambil dulu bayar kemudian

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen