3 jam beratur semata nak tukar duit raya, wanita kecewa terima yang dah koyak & bersellotape

Oleh: Zuzu Yasmine

Selain pusat membeli belah, orang ramai pastinya sedang sibuk menunggu giliran di bank-bank berdekatan bagi menukar duit raya.

Mana tidaknya, apabila pulang ke kampung pastinya duit raya akan menjadi tuntutan sanak saudara.

Beratur penat-penat dapat duit dah koyak.

Hal yang sama dilakukan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Nadiabasharr ini apabila turut mengambil giliran menukar duit raya.

Bagaimanapun, bukan duit baru yang diterimanya sebaliknya duit ‘recycle’ namun Nadiabasharr mengakui tidak kisah akan perkara itu.

@nadiabasharr_ Dalam kereta baru perasan 😭😭😭 kalau korang pulangkan balik tak? Aku dah redho je ni 3 jam beratur kt bank 😭😭😭#raya #scam #fyp #dugaankehidupan ♬ Paro Paro G - DJ Sandy

Walau bagaimanapun, selepas diperiksa satu persatu wang berkenaan, wanita ini kecewa apabila mengetahui bahawa duit berkenaan banyak yang telah koyak dan juga bertampal sellotape.

Menurutnya, dia beratur tiga jam semata-mata untuk mendapatkan duit ini dan baru perasaan akan keadaan duit berkenaan selepas berada di dalam kereta.

“Dalam kereta baru perasan, kalau korang pulangkan balik tak? Aku dah redho je ni 3 jam beratur kat bank,” tulisnya.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet menyarakan agar dirinya menukar semula wang berkenaan.

Malah, mereka turut mendakwa bahawa peniaga-peniaga juga tidak menerima wang seperti itu.

Pergi tukar semula

Cuba tukar dekat peniaga

Duit recycle pun kena cantik

Ada pengalaman sama

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen