‘Sponsor’ tiket secara percuma, usahawan dermawan sediakan 5 bas untuk pulang ke kampung

Oleh: Zuzu Yasmine

Terkenal sebagai seorang usahawan yang pemurah dan dermawan, Hafiz Mahamad memaklumkan telah menyediakan  3 hingga 5 buah bas menuju ke destinasi sekitar Semenangjung Malaysia untuk mereka yang kurang berkemampuan dan mahu pulang ke kampung halaman.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh usahawan tersebut menerusi akaun Instagramnya serta menjelaskan yang setiap seorang diberi 5 tiket untuk sama-sama membawa kenalan ataupun ahli keluarga mereka.

Sebagai permulaan, dia akan menyediakan tiga buah bas terlebih dahulu dan jika mendapat sambutan, jumlah bas akan ditambah lagi.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Oleh itu, dia meminta orang ramai untuk berkongsi hal tersebut kepada rakan-rakan dan juga orang sekeliling supaya lebih ramai yang dapat menaiki bas tersebut. Jangan risau, semua adalah percuma.

“Bantu saya “share post” ni. Harini saya dh lock 3 Bas. Kalau ramai, saya akan tambah bas lagi mungkin ke 6 Bas. Ini semua “free” @ainaabeautyofficial sponsor awak balik raya. Harap penuh semua bas nanti..” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha yang dilakukan oleh usahawan kosmetik itu dan berharap agar rezekinya sekeluarga terus dipermudahkan.

Malah, ada juga yang berharap agar menjadi insan bertuah mendapatkan tiket bas percuma dari Hafiz supaya membolehkan pulang ke kampung halaman Syawal ini.

Moga murah rezeki

Dipermudahkan urusan selalu

Hebat bang!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen