Beli kuih raya 'viral' harga kayangan sekali inti sipi-sipi, wanita kesal dapat kapit inti oksigen

Oleh: Shasha Zack

Kuih raya merupakan yang paling wajib ada di atas meja menjelang hari raya nanti. Pasti pelbagai jenis kuih yang dibeli dengan harapan ianya sedap, sesuai dengan harganya yang mahal dijual di pasaran.

Namun begitu, malang bagi seorang wanita apabila membeli kuih dengan harga kayangan, namun yang sampai tak seperti yang dilihat dalam iklan.

"Mahal aku beli, dapat macamni je!..."

Perkongsian @bellepalooza di Tiktok meraih perhatian ramai yang terkilan malahan rupanya ramai yang terkena sebegini.

Dari luar balang kuih, dilihat kuih kapit bagaikan diisi penuh dengan inti coklat dan kacang, namun apabila dibuka, hanya sipi-sipi!.

 

@bellepalooza Dah terkena dah aku 😂 Siapa selalu dapat macam ni? 😂 #kuihraya2022 ♬ original sound - 🇵🇭 TONG REN SHI 🇵🇭

"kuih kapit oksigen..."

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa di samping geram dengan peniaga yang tidak jujur dalam meniaga.

Malahan ada juga yang berkongsi pengalaman terkena hal yang sama, dan menyatakan 'penipuan' ini telah berlaku sejak tahun lalu.

"Tapi kuih ni memang macamni.."

"Baik beli yang kosong.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen