Berhabis RM550 semata nak melaram pagi Raya, wanita kecewa terima baju tak sama macam ditempah

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas dua tahun tidak beraya, orang ramai pastinya ‘all out’ meraikan raya pada tahun ini. Bukan sahaja nak serba baharu malah pakaian juga pasti mengikuti ‘trend’ terkini.

Bagaimanapun, dalam teruja nak bergaya di pagi Syawal ada juga yang terluka dan kecewa apabila baju raya yang dibeli dan ditempah tidak sama seperti diharapkan.

Kecewa baju RM550 tak sama macam gambar.

Itulah yang berlaku kepada pengguna TikTok dikenali sebagia Farhana Natasya apabila meluahkan rasa kecewa akan baju raya yang ditempahnya.

Menurut wanita berkenaan, baju yang ditempah itu bernilai RM550 namun baju yang diterima tidak mengambarkan nilai tersebut.

@doniamanja

Sedih and kecewa . Takde mood nak raya.

♬ aAaaHhh barbie x3 keymark - SABRINA

Bukan itu sahaja, rekaan baju berkenaan juga lari jauh dari baju yang dipaparkan oleh penjual berkenaan.

Kecewa akan perkara tersebut, Farhana mengakui bahawa ‘mood’ menyambut Hari Raya hilang gara-gara perkara itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati akan nasib wanita tersebut. Malah, ada juga yang mendakwa mempunyai pengalaman sama dengan butik tersebut.

Ada pengalaman sama

Cuba iron nanti elok

Baju mahal tak berbaloi

Upah dekat kampung RM40 je

Design lari jauh ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen