Nak gembirakan anak punya pasal, bapa sanggup angkut kereta mainan 'gergasi' guna motor

Oleh: Zuzu Yasmine

Dah menjadi perkara biasa melihat ibu atau bapa akan seadaya upaya untuk menggembirakan anak-anak mereka. Malah, momen-momen ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja tentunya akan menyentuh hati sesiapa sahaja. 

Beli kereta mainan untuk anak.

Hal yang sama dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Mar Demarco yang memuat naik video memaparkan seorang bapa membawa kereta mainan buat anaknya.

Dalam video berdurasi 24 saat, dapat dilihat kereta mainan yang agak besar itu diletakkan di atas sebuah motorsikal sambil disandarkan ke arah penunggang motorsikal berkenaan.

@mismar25 Pengorbanan seorang ayah #fyp ♬ Sayang sayang jangan terlalu sayang pada diriku - Isma Sane

Tidak itu sahaja, bagi mengelakkan kereta tersebut terjatuh, seorang lelaki dipercayai penjual di kedai berkenaan membalut penunggang motorsikal itu bersama kereta mainannya dengan sellotape berulang kali.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat momen tersebut. Malah, mereka juga memuji lelaki berkenaan yang berkorban apa sahaja demi anak-anak mereka.

Bukan itu sahaja, warganet juga sudah terbayang akan kegembiraan anak-anak yang bakal menerima hadiah dari bapanya.

Demi kegembiraan anak

Terharu tengok pengorbanan ayah

Bukan anak je happy

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen