“Nikah muda tak jadi masalah janji dengan lelaki tepat.” -Gelagat ibu bapa muda urusan bayi buat netizen terharu

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkahwin pada usia muda bukan satu perkara yang pelik lagi. Malah, ramai sahaja pasangan yang bernikah muda mampu bahagia hingga ke hari tua.

Baru-baru ini, tular akan satu video memaparkan sepasangan pasangan muda sedang menguruskan anak mereka yang masih bayi.

Dalam video yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai Vhonywahyuni memaparkan si ayah sedang mengendong anak mereka sambil diuruskan oleh ibunya.

@vhonywahyuni semuanya terstruktur dan sudah diatur 🕊️✨ #serunyalebaran ♬ Yang Terbaik Bagimu - Jangan Lupakan Ayah - Ada Band

Lebih menyentuh hati apabila dibibir pasangan tersebut tidak lekang dek senyuman dan juga gelak ketawa bersama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum melihat pasangan berkenaan. Malah, mereka mendoakan agar urusan pasangan ini dipermudahkan.

Terharu tengok pasangan ni

Moga dimurahkan rezeki

Nikah muda tak jadi masalah

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen