Hilang dua puteri serentak, bapa sebak ketika pengurusan jenazah anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Pemergian insan tersayang pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi pastinya sesuatu yang teramat memilukan.

Lebih bertambah sedih lagi apabila bukan seorang, namun dua orang pergi pada masa dan juga hari yang sama menambahkan rasa pilu di hari.

Dua beradik maut kemalangan jalan raya.

Itulah yang dilalui oleh bapa kepada mangsa kemalangan Nayli Ulfa, 15, dan adiknya, Nuf Amni, 11 yang maut dilanggar ketika keluar dari rumah untuk membeli makanan.

Bapa tangisi pemergian anak.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Mohd Fadhli memaparkan suasana solat jenazah dua beradik itu siang tadi.

Bagaimanapun, apa yang menyentuh hati ramai apabila terlihat seorang lelaki dipercayai bapa mangsa menangis sambil ditenangkan orang sekeliling.

@faz737 Al-Fatihah..arwah 2org adik beradik kemalangan semalam..moga keluarga tabah dgn dugaan ini.. #alfatihah#fyp#anaksurga ♬ original sound - themenung™ ☕ - theⓂ️enung™ ☕

@faz737 moga syurga buatmu..Alfatihah..#alfatihah #fyp#2beradik ♬ bunyi asal - Mohd Fadhli

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet bersimpati akan kejadian yang menimpa keluarga berkenaan selain menitipkan doa buat Allahyarham.

Perit rasanya, pergi serentak

Berat bahu memikul

Salam takziah

Dah la cuma dua beradik je

Terdahulu, dua beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan, di sini, semalam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen