Tukang kebun terpaksa 'usung' mayat anak lelaki 90km dengan motor gara2 tak mampu bayar RM1140 kos ambulans

Oleh: Shasha Zack

Gara-gara tiada wang untuk biayai kos ambulans, seorang bapa terpaksa mengusung pulang mayat anak lelakinya yang berusia 10 tahun dengan motosikal sejauh 90 km.

Lebih menyayat hati, pihak hospital langsung tiada belas ihsan, siap menyuruh bapa berkenaan membawa pulang anaknya dengan 'cara' sendiri.

Pemandu ambulans mintak RM1140 tapi bapa tak mampu

Pemandu ambulans difahamkan telah meminta Rs 20,000 (RM1140) kepada bapa, Narsimhulu namun malang sekali dia tiada wang untuk membayarnya memandangkan gajinya sebagai tukang kebun tidak mencukupi.

Mendiang anaknya, Jaswa, 10 dipercayai mendapatkan rawatan masalah hati dan dimasukkan ke hospital namun dilaporkan meninggal dunia, menurut sumber The Times.

 

Minta bantuan majikan, tapi tak dilayan juga atas faktor duit...

Mati akal, Narsimhulu akhirnya meminta bantuan dari majikannya untuk mengatur sebuah ambulans swasta namun berhadapan masalah sama, iaitu kos biaya yang mahal.

Dengan sayu, dia akhirnya mengangkat jasad Jaswa dan membawa anak malang tersebut pulang dengan motosikal.

Susulan tularnya video ini, kejadian yang berlaku di Andra Pradesh, India kini mendapat perhatian pentadbiran daerah, dan siasatan dijalankan berhubung perkara kejam yang berlaku ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen