Tiba2 bergerak sendiri, pemandu maut digilis ketika baiki kerosakan bawah bas

Seorang pemandu bas disahkan meninggal dunia selepas insiden kenderaan berat miliknya tiba-tiba bergerak.

Lebih menyayat hati, sewaktu kejadian mangsa beruia 31 tahun itu berada di bawah bas berkenaan untuk membaiki kerosakan di tepi jalan di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) berdekata Tol Subang, semalam.

Pemandu bas maut ketika baiki bas

Menurut Ketua Daerah Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pemandu bas terbabit bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 4 petang selepas mangsa memberhentikan bas di tepi jalan dan masuk ke bawah kenderaan itu untuk membaikinya."

"Namun, bas dipercayai bergerak lalu menggilis mangsa."

-Fakhrudin-

Punca masih dalam siasatan

Tambahnya, kini pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan sebab kematian mangsa.

Selain itu, beliau turut meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen