Bazar Raya 'sendu' tanpa pelanggan, peniaga amuk marah 'organiser' tak buat kerja. - "Kau bisu je macammana!"

Oleh: Shasha Zack

Tular di Tiktok menunjukkan rakaman para peniaga yang mengamuk gara-gara perniagaan mereka yang bertempat di Bazar Raya Shah Alam sunyi tak berpelanggan.

Difahamkan kerana pihak penganjur yang tidak mengiklankan langsung event berkenaan, orang ramai tidak tahu wujudnya bazar tersebut buat parapeniaga naik hantu!.

@nesloooaiss penganjur tk buat keje#fyp #kasiviral ♬ bunyi asal - Neslo ais

"Kau tak guna modal boleh la, orang sewa tapak sampai RM1000 mana nak pusing lagi!..."

Dalam beberapa video yang tular, dilihat para peniaga yang hilang sabar mula membuat rusuhan di depan pihak penganjur apabila 5 hari pertama langsung tiada pelanggan membuatkan mereka rugi teruk.

Jumlah 9 hari tinggal berbaki 3 hari, para peniaga mengamuk dan menjelaskan sewa tapak yang dikeluarkan dari RM1000 hingga RM1500 umpama hangus apabila tiada pelanggan yang membeli produk mereka.

 

@nesloooaiss Balas kepada @siraqil ♬ bunyi asal - Neslo ais

"Orang marah sebab kau bisu! Kau buat bodoh!..."

Difahamkan, dari hari pertama mereka langsung tidak melihat sebarang iklan mengenai bazar raya hingga tiada pelanggan yang datang.

Apabila peniaga menyuarakan hal ini, pihak penganjur hanya pekakkan telinga dan tidak ambil pusing hingga mereka naik angin!

 

@nesloooaiss Balas kepada @azuadin_5 ♬ bunyi asal - Neslo ais

"Rugi weh kesian kat vendor2.."

"Nak lari lah tu..."

"Kalau dia lari, kita kasi kejar..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen