"Ini bukan zaman perang..." -Pelajar masih guna rakit, netizen persoal usaha pihak atasan

Mengenangkan nasib penduduk di kawasan pedalaman, tidak tergambar rasanya kepayahan yang mereka perlu lalui.

Ditambah pula dengan kemudahan infrastruktur di kawasan itu yang selalu sahaja bermasalah.

"Ini bukan zaman perang penjajahan"

Bukan tidak bersyukur, tetapi dimanakah rasa keprihatinan pihak atasan terhadap nasib mereka ini.

Tak perlu lihat jauh, cukuplah dengan melihat video yang dikongsikan ini untuk membuka mata kita bahawa nasib pelajar di kawasan pedalaman perlu dibela.

 

 

Dah 2 bulan jambatan putus

Dalam perkongsian itu, menyaksikan beberapa orang pelajar terpaksa menggunakan rakit untuk menyebarang dari sungai kerana jambatan gantung yang menjadi laluan utama mereka  ke sekolah terputus.

Lebih menyakitkan, jambatan tersebut sudah dua bulan putus dan sehingga hari ini masih tiada sebarang tindakan dari pihak atasan untuk membaik pulih semula.

Sediakan bot memudahkan perjalanan

Menurut sumber lain, difahamkan kerajaan Sabah ada berjanji untuk menyediakan bot tetapi sehingga kini masih tiada tanda bahawa ia akan diberikana bagi memudahkan urusan penduduk di sana.

 

Susulan perkongsian itu, amat besar harapan mereka agar pihak bertanggungjawab mengambil perhatian akan perkara tersebut.

Tak sampai hati rasanya melihat kepayahan yang penduduk di kawasan pedalaman lalui selama ini, sedangkan rakyat lain semuanya sedang memacu laju menongkah arus pemodenan di luar sana.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen