Takut tempat niaga kena sailang, dua lelaki hampir bergaduh di lampu isyarat

Meskipun undang-undang telah melarang, namun kita dapati masih berkeliaran individu menjaja di persimpangan lampu isyarat.

Boleh dikatakan, mereka mempunyai hati yang kental selama mana duit yang diterima dari sumber yang halal.

Penjaja lampu isyarat berebut tempat niaga

Walau bagaimanapun, menjadi isu lain pula apabila ada yang sehingga tahap berebut tempat niaga pula sepertimana yang berlaku dalam perkongsian Dee Andy.

 

 

Dalam video pendek itu, menyaksikan pertelingkahan yang berlaku antara dua orang penjaja sewaktu lampu isyarat masih berwarna merah.

Masing-masing saling berkejaran dan hampir sahaja bertumbuk kerana perebutan kawasan 'jajahan' yang dimiliki mereka.

Hampir sahaja bertumbuk

Walau bagaimanapun, mujur orang awam nekad untuk berhenti tepi bagi meleraikan perselisihan antara kedua-duanya.

Malah, mereka juga kemudian kembali meneruskan jualan seperti biasa, cuma tidak dapat dipastikan keadaan kedua-dua penjaja berkenaan selepas insiden hampir bertumbuk itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen