Disangka lari dari kemalangan, mayat pemandu dijumpai dalam longkang 8 jam lepas nahas

Oleh: Zuzu Yasmine

Keriangan menyambut Hari Raya bertukar tagisan apabila sebuah keluarga apabila terlibat dalam nahas yang mengorbankan dua mangsa ketika dalam perjalanan pulang berbuka puasa di rumah ibu di Kampung Kalai.

Dalam kemalangan jam 10.45 malam di Kilometer 108, Jalan Raya Timur Barat itu, Mohd Hazlan Ibrahim@Saleh, 33, meninggal dunia manakala isterinya, Norshara Ezila Mohd Asri, 31, serta dua anak perempuan mereka yang berusia 6 dan 8 tahun cedera parah.

Seorang lagi mangsa yang terkorban, Muhamad Baijuri Mohd Shariff, 26, pada asalnya disangkakan melarikan diri selepas 'hilang' di lokasi kemalangan.

Mayat mangsa akhirnya ditemukan ahli keluarga pada jam 7 pagi tadi di dalam longkang kira-kira 10 meter dari lokasi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan awal mendapati Proton Wira dipandu Muhamad Baijuri terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

"Proton Wira itu terus merempuh Perodua Alza yang dinaiki Mohd Hazlan bersama isteri dan tiga anaknya yang datang dari arah Batu Melintang ke Jeli dan difahamkan mereka baru pulang berbuka puasa di rumah ibu Mohd Hazlan di Kampung Kalai.

"Kedua-dua pemandu maut di lokasi kejadian yang mana jasad Muhamad Baijuri ditemukan dalam longkang kira-kira 10 meter dari lokasi.

"Pada asalnya pemandu Proton Wira itu didapati tiada di lokasi selepas kejadian dan kami cuba mengesan namun gagal sebelum jasadnya ditemukan ahli keluarga pagi tadi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shuhaimi berkata, dua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Jeli untuk proses bedah siasat termasuk isteri Mohd Hazlan manakala dua mereka yang patah di beberapa anggota badan dirawat di Hospital Tanah Merah.

Seorang lagi anak Mohd Hazlan yang berusia setahun, Mohd Akil Arash, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen