Berlari & berpelukan, gelagat kanak-kanak teruja dapat bertemu sepupu sentuh hati ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Keterujaan menyambut Hari Raya Aidilfitri pastinya sangat terasa apabila sudah dua tahun rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak dapat pulang ke kampung halaman. Sekaligus tidak meraikan Hari Raya dengan meriah.

Selain pelbagai gelagat untuk pulang ke kampung halaman, namun reaksi anak-anak bertemu sepupu dan suadara mara juga menjadi perhatian.

Kanak-kanak teruja jumpa sepupu.

Seperti video dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai Siti Nur Fatin ini apabila berkongsi gelagat anaknya yang teruja bertemu dengan sepupu mereka.

Menerusi video yang dimuat naik itu, dapat dilihat seorang kanak-kanak lelaki berlari dari pagar rumah terus masuk ke dalam rumah.

@fatin011088 ya Allah betul2 dh lama tak jumpa ni... happy betul tgok bdk2 ni bila dpt jumpa sepupu Nye... terima kasih Allah atas nikmat ni..#Fyp #viral #raya2022 ♬ Suasana Riang Di Hari Raya - Junainah M.Amin

Lebih menyentuh hati lagi apabila larian kanak-kanak itu disambut dengan dua orang budak lelaki dengan pelukan seolah-olah terlalu rindu.

Dalam video tersebut dapat didengari akan gelak ketawa orang di dalam rumah tersebut yang gembira melihat gelagat anak-anak itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat gelagat kanak-kanak berkenaan. Malah, mereka juga meluahkan rasa syukur apabila dapat beraya selepas dua tahun tidak beraya.

Anak-anak pun seronok

Berlari siap peluk

Terharu tengok

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen