Tersangkut dalam jem, keluarga dipuji tak lupa tunai solat walau di tepi jalan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam, keadaan lalu lintas bertambah sesak disebabkan warga kota sedang berpusu-pusu pulan ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pastinya, Hari Raya kali ini penuh sesak memandangkan sudah dua tahun orang ramai tidak dapat pulang ke kampung halaman.

Hadap jem nak balik kampung.

Hal yang sama dilalui oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Suzilawatirosli ini apabila berkongsi momen dia dan keluarga terpaksa solat serta bersahur di tepi jalan gara-gara meredah jem.

Menurut Suzilawatirosli, selalunya perjalanan ke kampung halaman hanya mengambil masa 2 jam dari Bangi ke Lanchang, Pahang namun kali ini mengambil masa 5 jam.

@suzilawatirosli Reply to @haneeharun 30/9/2022 perjalanan balik kampung.. 5 jam sampai Lanchang dr Bangi, selalu 2 jam je😁.. Nama pun raya, merasa la suasana hari raya selepas 2 tahun kita raya ber pkp😊 #raya2022 #balikkampungraya #selamathariraya #jem ♬ Raya Raya Raya - DOLLA

Disebabkan tidak dapat berhenti ke hentian atau RnR, dia sekeluarga terpaksa bersahur di dalam kereta malah menunaikan solat di pinggir jalan.

Malah katanya nikmat menyambut Hari Raya semakin terasa apabila melalui saat-saat ini memandangkan sudah dua tahun tidak dapat beraya.

@suzilawatirosli #raya2022 #jem #selamathariraya #balikkampungraya ♬ Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap mereka sekeluarga yang tetap menunaikan solat mesikpun berdepan dengan jem. Malah, mereka turut mengakui bahawa momen-momen ini menambahkan lagi suasan Hari Raya.

Solat tepi jalan tu best

Betul-betul suasana Hari Raya

Struggle nak balik kampung

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen