"Ride nak iftar, sekali jadi dinner." - Motor 'member' rosak, geng lelaki 'tunda' atas motosikal lain undang sebak

Oleh: Shasha Zack

Semangat setiakawan antara golongan lelaki seringkali menarik perhatian orang ramai.

Terbaru, satu geng lelaki dilihat mengangkut motosikal untuk ditumpangkan atas motosikal yang lain, membuatkan ramai teruja.

"Kenangan manis sebelum raya.."

Perkongsian @misaiberpintal di Tiktok meraih perhatian apabila mereka satu kumpulan sama-sama mencari ikhtiar membantu rakan mereka yang menghadapi masalah motosikal yang rosak.

@misaiberpintal Kenangan manis sebelum aidilfitri ☺️ #fyp #fypシ #lc135 ♬ Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz

"Niat nak ride iftar, sekali jadi dinner.."

Difahamkan, rupanya mereka satu kumpulan beramai-ramai 'ride' untuk menuju restoran berbuka puasa bersama-sama, namun gara-gara motosikal yang rosak, majlis berbuka puasa menjadi makan malam sahaja..

@misaiberpintal

Santai lah bos 🤙🏼

♬ Kasih Orang Muda - Fahrenheit

"Takpe bos kata brother.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat tulusnya ikatan persahabatan sesama mereka hingga apa saja sanggup dilakukan demi membantu rakan.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar persahabataan emreka kekal sampai syurga.

"Aku tengok pon nak nangis..."

"Nasib ada kawan2 yang baik.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen