“Malunyo sero ambo sebagai ore Kelate...” - Netizen kesal lihat sampah merata-rata di lebuhraya CSR

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari Raya Aidilfitri bakal disambut lagi dua hari, pastinya ketika ini orang ramai sedang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman berkumpul dengan sanak saudara.

Dalam keterujaan pulang ke kampung, namun ada sikap segelintir pengguna lebuh raya yang tidak menjaga alam sekeliling sekaligus mencemarkan alam sekitar.

Baru-baru ini, tular akan beberapa keping gambar yang dilihat penuh sampah sarap dipinggir lebuhraya Central Spine Road (CSR).

Untuk makluman, lebuhraya CSR ini merupakan laluan dari Bentong menghala ke Pantai Timur seperti Kelantan.

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik oleh laman Facebook Planet Malaya meluahkan rasa kecewa melihat sampah sarap bersepah di tepi lebuhraya berkenaan.

“Parok la ore kito. Penuh sampah kat Lebuhraya CSR !! Malunyo sero ambo sebagai ore kelate. Pah nk wat guana bila tiada kesedaran sivik, masa cikgu ajar sivik dulu puak demo tido dalam kelas,” tulisnya kesal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berang melihat sikap pengguna jalan raya yang tidak ada kesedaran sivik.

Malah, mereka juga menyatakan bahawa kejadian seperti ini kerap kali berlaku keculai ketika orang ramai tidak dapat pulang ke kampung.

Takut sangat kereta kotor

Tauke-tauke gelang besar ni

Sikap tak pernah berubah

Tiap-tiap tahun macam ni

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen