Calon menantu pilihan, pemuda sempat anyam ketupat sambil layan jem pulang ke kampung

Oleh: Zuzu Yasmine

Lagi beberapa hari menjelang Syawal dan menyambut hari raya Aidilfitri, pasti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan sekaligus pulang ke kampung halaman.

Bagaimanapun, kesesakan lalu lintas membuatkan sesiapa sahaja terasa mengantuk dan bosan di dalam kereta. Lebih-lebih lagi terpaksa duduk di dalam kereta berjam-jam lamanya.

Hilangkan rasa mengantuk dalam kereta.

Hal yang sama dilalui seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Mr Susu Petai ini apabila turut terkandas di jalan raya akibat kesesakkan orang ramai pulang ke kampung.

Penat dan mengantuk menghadap jem, pemuda ini mengambil keputusan membuat ketupat dia dalam kereta.

@mr_susu_petai Otw balik Mak. ❤️ #fyp #ketupat #raya2022 #balikkampung ♬ original sound - Susu Petai

Menurutnya, ketupat-ketupat yang dibuat itu untuk ibu yang sudah menanti kepulangannya di kampung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan kemahiran pemuda berkenaan membuat ketupat. Malah, mereka berseloroh bahawa kereta penuh ketupat sekiranya hadap jem terlalu lama.

Senang kerja mak

Boleh penuh ketupat satu kereta

Boleh open order tu bang

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen